Wednesday, April 6, 2011

Beef Stick

Daging/Ayam
1) Daging+biskut tawar dikisar lumat.
2) Campur telur +garam + sedikit ajinomoto
3) Bulat2kan dan goring

Kuah
1) Bawang besar dan bawang putih dimayang
2) Tumiskan bersama kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih.
3) Letakkan air dan sedikit gandum untuk pekatkan kuah
4) Letakkan ubi kentang
5) Campurkan serbuk lada hitam dan garam secukup rasa
6) Bawang besar hiris2, campur kendian


6/4/2011- Makan sebab Kak Tiey ajak makan takut aku mengidam.. Sedap.

Friday, January 8, 2010

Sup Keladi

Bahan-bahan:
500gm Keladi saiz sederhana
500gm ayam dipotong
15gm halia
4ulas bawang putih
2 sudu pes kacang soya atau tauhu
1 suku liter air
Sedikit lada sulah
4 sudu makan minyak masak

Cara membuat:-
Panaskan 2 sudu minyak masak ke dalam kuali
Goreng ubi keladi yg telah dipotong dgn api sederhana kecil
Setelah masak, angkat.Biarkan ketepi

Panaskan minyak.
Masukkan bahan2 sprt halia, bwg putih dan taucu hingga naik bau.
Tambahkan air.biarkan hingga mndidih
Masukkan ayam.Renehkan.Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau hingga sebati.
Tabur daun sup(saderi)
Hidangkan.

Thursday, January 7, 2010

Lemak cili api ayam kampung

Bahan-bahan:-
8 ktul ayam
2biji kentang
15 tangkai cili api ditumbuk
3ulas bawang merah-hiris
3ulas bawang putih-hiris
1cm halia-hiris
1biji kelapa
1helai daun kunyit
2 btg serai
2keping asam gelugor
garam dan kunyit secukupnya

Cara2 wat:-
Masukkan ayam bersama semua bhn kecuali santan
Biarkan air kering dan dikacau spy tdak melekat
Masukkan santan cair bersama kentang
Setelah kentang empuk,
masukkan santan pekat
Kacau perlahan-lahan
Setelah kuah pekat, boleh diangkat drpd api

Gulai ikan terung telunjuk

Bahan-bahan:-
4 ekor ikan selar
10 biji terung di belah telunjuk
15 btg cili api
2 keping asam gelugor
setengah biji kelapa(secawan santan pekat
secawan santan cair)
1ulas bwg merah -dihiris
garam dan kunyit

Cara buat:-
MAsukkan ikan dan semua bahan kedalam santan cair
Setelah mendidih, masukkan santan pekat dan terung
Kacau sekali sekala hingga pecah minyak
Rasa masin dan manis secukupnya
Angkat bila santan dah cukup pekat

Barbeku

Bahan perap:
4 gm Rempah paprika
Sos
2 gm thyme
kunyit hidup
2gm majoram
bwng merah
serbuk cili
4 gm aromat
2gm lada sulah
jus limau
2gm garam


100 gm ayam

Gaulkan ayam dgn bahan perap selama15minit
Bakar

Petua

PERUT
atasi perut buncit
Ambil beberapa biji buah limau purut
Perah airnya
Campur dgn sdkit kapur
Lumur, jgn lupa pakai bngkung
Lakukan selepas mandi dua kali sehari

KUKU
i)Kilatkan kuku
Cara 1
Lumurkan bawang putih sekerap yang mungkin.
Cara 2
Ambil bbrp biji belimbing muda
bersihkan
Potong 2, gunakan bhgn dlmnya
Gosok pada kuku berulang kali
Tunngu hingga kering
Bilas dgn air suam
Buat sekerap yang anda mahu.

Atasi kuku bernanah
Ambil bbrp ketul kunyit hidup
Kisar halus ambil airnya
Sapukan pada tempat yang bermasalah sehingga sembuh



MUKA

Hilangkan parut jerawat
Ambil bbrp helai daun sirih
celur dlm air panas
Gosokkan dibhgn muka yg berparut

Kecutkan jerawat batu
Cara 1
Sapukan gincu bibir pada jrawat sblm tidur
Cara 2
Ambil kayu cendana, asahkan.Sapukan pada tmpat berjerawat.
InsyaAllah.Hasilnya memuaskan

Haluskan kulit muka
Pecahkan sebiji telur ayam, seeloknya telur ayam kg
Asingkan putih dan kuning
Campurkan putih telur dgn sesudu teh madu lebah
Kacau sebati
Sapukan pada muka, kecuali bhgn mata dan mulut
Biarkan kering selama 1 jam
Bilas dgn air suam
Lapkan
Amalkan 2 kali seminggu



RAMBUT
Suburkan rambut
Ambil 2 biji telur
Pukul hingga sebati
Sapukan sebatian pada kulit kepala
Urut
kulit kepala perlahan-lahan 5 minit
Pastikan meresap ke dlm kulit kepala
Bilas dgn air suam kuku
Ulangi langkah setiap malam

KULIT
Hilangkan parut baru
Ambil sedikit ubat gigi
Sapukan sebelum masuk tidur

Cerahkan kulit badan
Ambil segenggam asam jawa
Satu cawan santan
Gaul rata setiap kali sebelum mandi
Sapukan sbg lulur badan
biARKAN selama 10-15 minit
Bilas atau mandi sperti biasa
Lakukan setiap minggu. InsyaAllah. Kulit badan lembut, cerah berseri.

Hapuskan panau
i) Cara 1
Ambil 2 ulas bawang putih
Kupas kulit, Bakar 30 saat, tumbuk hingga lumat,
Bacakan selawat 3kali,Sapukan di atas panau
Biarkan semalaman
Amalkan 2kali seminggu.InsyaAllah, panau beransur hilang.

ii) Cara 2
Basuh aloevera bersih2
Kisar halus,
sblm masuk tidur, slps mandi,sapukan getah pada panau hingga kering.
Amalkan setiap hari.

Ubat kurap
Tumbuk lengkuas muda
Campurkan dgn asam jawa hingga sebati
Sapukan pada kurap sekali sehari

Hilangkn bau badan
Rendam bbrp kuntum bunga cengkih hingga kembang.
Minum airnya3 hr brturut2

PETUA PUAN HAMIDAH
a)Menghaluskan kulit
Cara 1
Belimbing besi masak ranum diramas dengan Asam jawa.

Cara 2
biji pinang muda yang masih berlendir.
Sapukan pada kulit.

Cara 3
Goreng kemudian Tumbuk beras pulut halus spt tepung.
Campur dgn bedak sejuk.
Jadikan lulur badan. Gosok seminggu skali pda badan.

Gunakan sbg sabun mandi.
Bertindak menanggalkan kotoran dan antiseptik kulit gatal.

HAluskan tapak kaki dgn menggosok asam jawa.

Cili hijau dibuat ulam utk kcantikan kulit.

Ramas daun sirih.Sapukan pada badan terutamanya pada bhgn yg berbau.
Daun sirih boleh dikunyah untuk menghilangkan bau mulut.
Air rebusan daun sirih boleh digunakan untuk mencuci slps dtg haid.

b)Elakkan rambut beruban dan inginkn rmbut hitam brkilat
Ambil minyak kelapa hijau(dibuat sndiri) dimasak bersama daun kermak.
Biarkan sejuk, dilumurkan pada rambut smlmn sblm dicuci.

c)Melebatkan rambut
Ambil air embun yg brtakung pada pangkal pokok pisang, dan dlumurkan pada rambut

Serai digunakan sbg syampoo
Tumbuk serai hingga lumat
Ambil airnya, lumurkan pada kepala ketika mandi.
Boleh mewangikan kulit kepala dan menghilangkan kotoran pd kulit kpala.

d)Elakkan perut buncit
Air asam jawa+gula+garam.
Minum sewaktu dalam pantang.

Mengamalkan berurut

e)Mengharumkan badan
Mengamalkan mandi dgn air rebusan daun (serai+daun pandan+daun pinang muda.)
Mengamalkan mandi dgn air panas

Makan ulam-ulaman.
a) Daun legundi
b) Daun bebuas
c) Daun Mengkudu
d) Pucuk beluntas
e) Cekur
f) Daun serindit burung
g) Ulam raja
h) Daun selom
i) mata kunyit
j) temu kunci
k) Peria

RAWATAN KECANTIKAN
i) Lulur
Bahan lulur:
Kunyit, beras(dijadikan tepung), daun pandan dan temu giring.

ii) Manggir
Bahan(beras pulut dan dau-daunan terutamanya manggir)
iii)Bleaching(Mencerahkan kulit)
Kayu cendana dan lavender

iv) Mandi pupur
Kacang soya dikisar halus, dadih, serbuk badan dan madu.Campur kesemuanya. Digosokkan pada badan hingga kering.

v) Mandu susu
Susu kambing, susu soya, madu dan aromaterapi.Semua dimasukkan ke dalam tab mandian bersama air suam.

vi) Mandi bunga
Bahan-bhn: Bunga Melati, Melur . Tanjung, Mawar, Kekwa, Cempaka, kenanga(7 jenis bunga)CAmpur hirisan limau purut dan limau nipis
vii)Sauna

x) Mengurut
xi) Mandi Cleopatra
xii)Mandi berempah

Petua Hapuskan Jeragat

Ambil biji betik muda dlm anggaran 5biji.
sedikit beras
3cm kunyit
kulit kayu manis
rendam bahan2 selama seminggu
tumbuk
jadikan bedak sejuk
Sapukan selepas mandi
InsyaAllah hilang ansur2